KELAS KEUSAHAWANAN (PROGRAM HARI BERSAMA KOMUNITI 2018)

 TARIKH  28 JULAI 2018
 MASA  7.30AM - 12.30PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  7 ORANG

TUJUAN

Kelas keusahawanan ini dihadiri 7 orang peserta yang terdiri daripada golongan wanita dan remaja. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membantu usahawan tempatan dalam meningkatkan kaedah pemasaran produk disamping mendedahkan cara untuk menarikkan lagi cara jualan melalui gambar. 

AKTIVITI

Peserta diajar membuat fanpage FB, teknik photoshoot produk dan menggunakan MyShop di Dashboard Komuniti untuk memperluaskan lagi perniagaan. 

Gambar disini

ADOBE ILLUSTRATOR - MELUKIS

 TARIKH  4 JUN 218
 MASA  2.00PM - 4.00PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  5 ORANG

TUJUAN

Kelas ini dihadiri 5 orang pelajar sekolah menengah. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menggalakkan pelajar menggunakan adobe illustrator disamping melahirkan pelajar yang kreatif. Selain itu, pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran menggunakan adobe illustrator.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki melukis, mewarna mengikut contoh gambar yang ada dengan menggunakan "mesh tool".

________________________________________________________________________________________________________________

MICROSOFT PAINT - EDIT TULISAN

TARIKH  25 JUN 2018
 MASA  2.00PM - 4.00PM
 LOKASI  NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  4 ORANG

TUJUAN

Dihadiri oleh 4 orang pelajar dari sekolah menengah dan pelajar sekolah rendah.Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kreativiti peserta disampin kemahiran menggunakan Microsoft  Paint.

 AKTIVITI

 Peserta menggabungkan gambar dan wordArt dalam satu. Menggunakan gambar sebagai latar belakang untuk dalam tulisan. 

Gambar disini

POSTER KLIK DENGAN BIJAK

 TARIKH  1 APRIL 2018
 MASA  2.00PM - 4.00PM
 LOKASI            NADI KG SRI TAJO
 PESERTA 7 ORANG

TUJUAN

Kelas ini dihadiri oleh 7 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menyedarkan pengguna internet dengan betul terutamanya generasi baru ini. Selain itu, aktiviti mereka poster untuk klik dengan bijak juga dapat melahirkan pelajar yang kretif dan berkemahiran dalam menggunakan komputer.

AKTIVITI

Peserta belajar menggunakan Microsoft Word dalam membuat poster. Bagaimana cara memasukkan gambar dan menggunakan WordArt dalam membuat poster yang cantik dan kretif. Disamping itu, mencari maklumat atau contoh - contoh poster di internet sebagai rujukan.

Gambar disini.

______________________________________________________________________________________________________________________

KELAS MICROSOFT EXCEL - Membuat jadual/ Menggunakan formula dan Carta Bar

TARIKH 2 APRIL 2018
 MASA  2.00PM - 4.00PM
 LOKASI            NADI KG SRI TAJO
 PESERTA 7 ORANG

TUJUAN

Dihadiri seramai 7 orang pelajar dari sekolah rendah. Kelas Microsoft Excel ini diadakan bertujuan untuk  peserta belajar menggunakan Microsoft Excel.

AKTIVITI

Selain meningkatkan kemahiran menaip, peserta diajar cara membuat jadual, menggunakan formula sum untuk mengira dengan mudah. Selain itu, memasukkan carta bar dalam latihan juga dilakukan bagi membantu mengagihkan kategori dan nilai tertentu mengikut contoh yang disediakan.

Gambar disini.

KLIK DENGAN BIJAK - MENAIP ONLINE

 TARIKH  5 MEI 2018
 MASA  2.00PM - 4.00PM
 LOKASI            NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  7 ORANG

 

TUJUAN

Kelas ini dihadiri oleh 7 orang pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menyedarkan dan menggalakkan peserta dalam menggunakan internet secara positi dan bijak. Selain itu, aktiviti ini juga boleh meningkatkan kemahiran menaip peserta.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki menaip dengan pantas dalam masa satu minit yang diberikan. Melalui latihan menaip ini, peserta boleh memilih bahasa untuk dijadikan latihan menaip. Peserta melakukan aktiviti ini di website 10fastfingers.com .

 

_____________________________________________________________________________________________________________________

KELAS MICROSOFT PUBLISHER - KAD HARI GURU & HARI IBU

 TARIKH  7 MEI 2018
 MASA  2.00PM - 4.00PM
 LOKASI            NADI KG SRI TAJO
 PESERTA  4 ORANG

 

TUJUAN

Dihadiri oleh pelajar sekolah rendah seramai 4 orang. Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta dalam menggunakan Microsoft Publisher. Latihan ini akan meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Publisher dan mengembangkan bakat dan kreativiti mereka.

AKTIVITI

Peserta membuat kad hari guru & hari ibu dengan menggunakan Microsoft Publisher. Belajar untuk memasukkan text, gambar dan design untuk kad tersebut.

Gambar disini.


 TARIKH  3 FEBRUARI 2018
 MASA  9.00am - 5.00pm
 LOKASI            NADI KG SRI TAJO
 PESERTA 14 ORANG
   

TUJUAN

Bengkel dihadiri oleh 14 orang komuniti setempat diantaranya adalah golongan remaja,wanita, lepasan sekolah dan IPTA. Bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta dalam membuat dan memperbaiki resume serta membuat email gmail bagi menggunakannya untuk menyimpan curriculum vitae . 

AKTIVITI

Peserta belajar cara membuat resume dan menggunakan email dalam menyimpan maklumat resume seperti curriculum vitae. Di samping itu, peserta diperkenalkan cara baru membuat resume dengan menggunakan web canva.com dan menggunakan qr barcode generator untuk merujuk curriculum vitae peserta. Secara umumnya, peserta dapat meningkatkan kemahiran dalam membuat resume dan menjadikannya lebih kretif.

GAMBAR DISINI.