Meskipun kampung  ini kecil, namun keunikannya yang tersendiri, dengan aktiviti proses pembuatan gula apong/gula nipah yang berjalan pesat oleh penduduk kampung boleh dijadikan tarikan kepada pengunjung. Pengunjung yang ingin melihat sendiri proses pembuatan gula apong dengan kaedah tradisional boleh berkunjung terus ke tempat tersebut dengan bantuan penduduk yang sentiasa ada menjalankan aktiviti tersebut. Gula apong yang asalnya dari air pokok nipah itu di proses dengan cara tradisonal tempatan untuk menghasilkan gula apong yang berkualiti. Selain itu, pengunjung juga boleh merasai sendiri air nira atau juga dikenali sebagai air sadap oleh penduduk setempat yang baru di ambil dari pokok. Biasanya penduduk setempat mengutip kumpulan air nira yang di salut dengan buluh semalam pada awal pagi keesokanya. Proses pembuatan gula apong/ gula nipah di lakukan terus untuk mengekalkan kesedapan dan kualiti gula tersebut. Pengunjung juga boleh merasai buah nipah dan juga bunga mayang yang terdapat di pokok nipah.

 

Selain daripada itu, kampung ini juga terdapat aktiviti menternak kambing. Ladang kambing yang terletak di jalan masuk Kampung Sri Tajo memudahkan pengunjung mendapatkan lokasinya. Pengunjung boleh melihat sendiri kambing-kambing yang di ternak dan boleh menempah terus sekiranya hendak membeli. Harga jualan dapat terus daripada pemilik ternakan kambing tersebut.

 

Dengan adanya kemudahan jalan raya yang baik, pengunjung tidak perlu gusar untuk kunjungi kampung ini. Kenderaan besar seperti lori, bas, dan jentolak juga mudah untuk memasuki kampung ini. Justeru itu, amat mudahlah kepada pengunjung untuk merasai pengalaman di Kampung Sri Tajo.