Masjid Maimunah

 

 

Masjid Maimunah terletak tidak jauh daripada pintu masuk utama Kampung Sri Tajo. Masjid ini merupakan masjid utama yang digunakan di sini.

Fungsi

•  Tempat solat berjemaah

•  Solat Jumaat

•  Mengadakan majlis-majlis ilmu

•  Bacaan Yasin

 

Dewan Masyarakat Sri Tajo

 

 

Dewan ini terletak di dalam kawasan lapang yang terletak bersebelahan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kampung Sri Tajo dan ia merupakan tempat penduduk menjalankan aktiviti seperti mesyuarat, mengadakan majlis jamuan makan dan aktiviti riadah seperti sukan seperti badminton dan sukaneka.

Kegunaan/Fungsi

•  Mesyuarat JKKK

•  Mesyuarat AIM

•  Jamuan Makan

•  Badminton

•  Keramaian 


Kemudahan Asas

•  Tandas

•  Gelanggang Badminton

 

Padang Bola

 

 

Di Kampung Sri Tajo juga terdapat padang bola awam untuk penduduk kampung mengadakan aktiviti riadah. Ianya terletak berhampiran dengan Dewan masyarakat kampung Sri Tajo. Padang bola ini sering digunakan untuk aktiviti- aktiviti yang dianjurkan oleh JKKK, Pemuda dan Wanita. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk  bola sepak, sukaneka dan sebagainya.

 

Jalan Raya yang baik

 

 

Kampung Sri Tajo juga mempunyai kemudahan jalan raya yang baik. Ia memberi kemudahan kepada penduduk setempat berulang alik setiap hari, dalam menjalankan rutin harian mereka.