Selain menjaga makan minum keluarga, kaum wanita di kampung ini aktif mengikuti kelas Amanah Ikhtiar Malaysia ( AIM). Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) merupakan antara salah satu badan Amanah secara persendirian yang ditubuhkan mengikut undang-undang. Dengan keistimewaan yang ada pada AIM, wanita Kampung Sri Tajo secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan beban suami dan keluarga. Pengeluaran pembiayaan Ikhtiar terhadap penduduk Kampung Sri Tajo membolehkan mereka menambah pendapatan sampingan untuk menjalankan sebarang kegiatan harian seperti memulakan perniagaan dan macam- macam lagi. Mereka di kehendaki menghadirkan diri di Dewan Masyarakat Sri Tajo pada setiap hari Isnin yang berlangsung selama 1 jam.

Selain itu, kaum wanita di kampung ini amat ringan tulang untuk membantu jiran tetangga dalam mengadakan sesuatu majlis seperti kenduri kahwin,doa selamat, dan gotong royong. Mereka akan menjalankan tugas tanpa mengira penat lelah bagi membantu menjayakan sesuatu majlis jiran mereka. 

Ada juga antara mereka yang menceburi bidang perniagaan seperti membuat tempahan kek/kuih , jahitan, hantaran tunang, dan juga kedai gunting rambut. Mengikut kemahiran yang dimiliki, mereka menggunakannya sebaik mungkin bagi meningkatkan pendapatan keluarga. kebiasaannya tempahan di buat di dalam kampung dan pelanggan dari luar.