Makanan tempatan bagi masyarakat Kampung Sri Tajo

 Kebiasaannya, penduduk kampung Sri Tajo menjadikan tumbuhan yang terdapat di kampung untuk dijadikan sajian. Antaranya seperti, pucuk ubi yang boleh dijadikan sebagai ulam, sayur, dan juga sambal yang lebih dikenali sebagai pucuk ubi tumbuk. Batang keladi juga selalu di buat sayur yang mesra dipanggil sayur jelur keladi oleh penduduk setempat. Manakala umbut kelapa pula selalu dijadikan sajian semasa membuat kenduri yang biasanya dihidangkan masak lemak. Selain itu, terdapat juga makanan laut seperti udang yang dijadikan cencaluk dan pekasam udang untuk mereka menjamu selera.